Adrianna bersia-siap untuk ke Majlis makan malam. Jam didinding menunjukkan kurang setengah jam pukul enam. Hah...dah lambat ni, mana pulak jam aku....hish, tak ndaklah pakai jam ni, tak matching....eh, kenapa rambut terjongket, terlebih gel ke? Hm....jam mana nak pakai ni? Adrianna masih tercari-cari jam aksesorinya untuk dipadankan dengan baju gaunnya yang berwarna hijau lumut. Hm...cincin nak pakai ke tidak...nanti orang ingat aku dah kahwin, tak payahlah, mana pulak bracelet kristal aku....oh ni dia, eh, bukan nak yang colour hijau...mana dia.... Jam di dinding sudah menunjukkan pukul enam, Adrianna masih belum puas merapikan diri. Di betulkan rambutnya sedikit sementara mencari-cari tas tangan yang telah dipilih terlebih dahulu. Tas tangan yang tergantung dirak gantungan baju dicapai dan terus menuju ke ruang tamu, bersedia untuk pergi. Sedang elok dia menyarung kasut dinner yang baru dibelinya, telefon berbunyi. Shana, teman sepejabat sudah menunggu di luar lobi kondonya.
Petang itu, Shana juga bergaun panjang..."eh, you look differentlah Shana...." tegur Adrianna pada Shana yang turut mengambil kesempatan menjeling-jeling ke arah cermin depan membetulkan makeupnya. Shana hanya tersenyum. Kereta dipandu agak laju kerana arahan bo supaya sampai ke hotel tidak lewat dari pukul tujuh. En. Andrian sudah keluarkan arahan semua jawatankuasa majlis hendaklah hadir jan enam setengah dan selewat-lewatnya pukul tujuh malam. Sewaktu Adrianna dan Shana tiba di banquet majlis, En. Adrian dan setiausahanya sudahpun tercegat di meja pendaftaran tetamu. Faqehah dan Danial yang sepatutnya bertugas di meja pendaftaran tetamu masih belum tiba.
Thursday, June 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment