Encik Adrian memandang sinis pada Shana dan Adrianna sebaik saja mereka berdua menegurnya. Adrianna berpandangan dengan Shana. Shana menoleh pada Julia, setiausaha Encik Adrian, menanyakan ada apa yang tidak kena. Julia tersengih tanpa kata sementara tangannya menunjuk-nunjuk ke arah Adrianna. Shana tersenyum mengangguk-ngangguk. Sebaik saja danial sampai di meja pendaftaran untuk memulakan tugasnya, Encik Adrian menoleh pada Shana, "You jangan duduk-duduk aje...sementara tunggu VIP datang, tolong Danial ni...buat pendaftaran." Shana mengangguk sambil memandang ke arah Adrianna yang sedang duduk di kerusi bersebelahan meja pendaftaran sambil melayan sms. Encik Adrian melangkah masuk ke dewan banquet, dengan muka masam mencuka.
"Apa halnya dengan mamat seorang tu, Julia" Shana mencuit Julia yang masih terkial-kial menyemak daftar nama tetamu. Julia terhenti seketika, memandang Adrianna dan berkata, "Ini semua you punya pasal....bad moodlah bos I..."
Adrianna bangun dan melangkah ke arah Julia, terus menarik lengan Julia. Julia membeliakkan matanya, memandang Adrianna. Adrianna menunduk dan merenung tepat pada mata Julia yang semakin mengecil dan akhirnya menjeling Adrianna.
"Eh, you cakap dengan dia...boleh bla...I pun ada obligation lain dari nak layan perintah dia, ok!"
Julia menghempaskan pen, "I tak tahu...itu masalah you dengan dia"
"Iyelah...tolong beritahu dia aje" suara Adrianna dengan nada pelahan. Julia bangun , kemudian menunduk untuk mengutip pen yang terpelanting ke bawah kerusinya lalu ters beredar dan melangkah masuk ke banquet.
Shana memaut bahu Adrianna menyuruhnya bersabar. "sabarlah...sabar...buat don't know je...she is under pressure jugak tu"Adrianna menghela nafas panjang dan membetul-betulkan rantai panjangnya. Tanpa berkata apa-apa, Adrianna duduk kembali tetapi kali ini memeluk tubuh dan memandang ke sekelilingnya dengan nafas yang kencang bagai menahan kemarahan.
Shana beralih tempat mengambil alih tugas Julia yang ditinggalkan. Danial yang dari tadi tercegat di meja pendaftaran itu, mula mencari-cari apa-apa kerja yang perlu dibuat.
Keadaan di dalam banquet amat sejuk. Dari jauh Shana mengintai dari pintu banquet yang renggang. Kelihatan Julia menghampiri Encik Adrian dan berbisik sesuatu. Perbincangan Encik Adrian dengan beberapa pekerja hotal terhenti. Encik Adrian kelihatan mengangguk. Shana menggeleng-gelleng kepalanya.
"macam ni tak habislah cerita..."
Adrianna mengangkat kening bagai menanyakan maksud Shana.
"Julia dengan Encik Adrian, you pulak kem Encik Shawal, so... macam mana?"
Adrianna tersenyum.
"Well, at least Encik Shawal tu taklah memerintah anak buah orang lain macam bos dia tu..."
Shana memaling pada Danial dan bertanya, "En. Shawal ok ke, Encik Adrian ok? Who you prefer?"
Danial tergelak, "tanya I?"
Shana mengangguk.
"I'm no body...macai, semua orang suruh itu ini ...I buat aje...kalau tidak tak confirm!"
"Hm...Oh, you belum confirm ye...tak'pe lah cukup enam bulan nanti confirmlah tu..."
Perbualan itu terhenti di situ bila Encik Shawal muncul menegur Adrianna yang masih duduk memandang kiri dan kana seperti tiada haluan.
"Adrianna, dah dapat senarai tetamu?"
Adrianna menggeleng.
Encik Shawal mengerut.
"Belum siap...JPA tak siapkan lagi..."
"Oh...why it's nearly 7:30 you know...."
"They're still sorting it..." Adrianna menunjuk pada Shana dan Danial.
"why?....so slow....?"
Adrianna menggeleng kepalanya dan mengangkat bahunya.
"where are the JPA people?"
"in the banquet...dalam tak siap lagi" pantas jawab Shana.
Encik Shawal mengerut lagi.
Dalam pada itu, beberapa orang kakitangan hotel keluar. Encik Shawal menegur mereka dan berbual seminit dua. Kelihatan Encik Adrian keluar dari bilik banquet di ekori Julia dan beberpa orang pegawinya.
"Semua ok....dah" kata Encik Adrian
Friday, June 27, 2008
Thursday, June 26, 2008
Perkenalan
Adrianna bersia-siap untuk ke Majlis makan malam. Jam didinding menunjukkan kurang setengah jam pukul enam. Hah...dah lambat ni, mana pulak jam aku....hish, tak ndaklah pakai jam ni, tak matching....eh, kenapa rambut terjongket, terlebih gel ke? Hm....jam mana nak pakai ni? Adrianna masih tercari-cari jam aksesorinya untuk dipadankan dengan baju gaunnya yang berwarna hijau lumut. Hm...cincin nak pakai ke tidak...nanti orang ingat aku dah kahwin, tak payahlah, mana pulak bracelet kristal aku....oh ni dia, eh, bukan nak yang colour hijau...mana dia.... Jam di dinding sudah menunjukkan pukul enam, Adrianna masih belum puas merapikan diri. Di betulkan rambutnya sedikit sementara mencari-cari tas tangan yang telah dipilih terlebih dahulu. Tas tangan yang tergantung dirak gantungan baju dicapai dan terus menuju ke ruang tamu, bersedia untuk pergi. Sedang elok dia menyarung kasut dinner yang baru dibelinya, telefon berbunyi. Shana, teman sepejabat sudah menunggu di luar lobi kondonya.
Petang itu, Shana juga bergaun panjang..."eh, you look differentlah Shana...." tegur Adrianna pada Shana yang turut mengambil kesempatan menjeling-jeling ke arah cermin depan membetulkan makeupnya. Shana hanya tersenyum. Kereta dipandu agak laju kerana arahan bo supaya sampai ke hotel tidak lewat dari pukul tujuh. En. Andrian sudah keluarkan arahan semua jawatankuasa majlis hendaklah hadir jan enam setengah dan selewat-lewatnya pukul tujuh malam. Sewaktu Adrianna dan Shana tiba di banquet majlis, En. Adrian dan setiausahanya sudahpun tercegat di meja pendaftaran tetamu. Faqehah dan Danial yang sepatutnya bertugas di meja pendaftaran tetamu masih belum tiba.

Wednesday, June 11, 2008
KISAH KASIH KITA
Berarak mendung, awan kelabu, titisan hujan membasahi kota metropolitan yang serba kaku. Permandangan kian kabur digilap awan mendung yang ghairah mewarnai langit, ranjang panahan guruh petir dan kilat sabung menyabung. Adrianna tersedar dari mimpi. Termanggu seketika, di atas sofa ruang biliknya. Lantas dibetulkan ikatan rambut lalu terus bangun dan beredar ke tingkap. Sepi. Sunyi. Alunan rintihan hati makin meresahkan. Matanya kuyu memandang ke luar tingkap memandang kota yang dibasahi hujan. Kondo 30 tingkat itu turut kuyup. Kadang kala fikirnya mahu saja terbang ke luar dan bergayut di setiap bangunan pencakar langit yang sesak menghiasi kota metropolitan itu. Jemu dengan pemandangan di luar, terpandang matanya ke gambar yang tergantung di dinding. Itu wajahnya di kala ceria. Wajah dengan senyuman dan semangat. Wajah yang menjadi pujaan Ryan.
Petang itu, Adrianna perlu bersiap untuk ke majlis makan malam syarikat. Masih terasa letih dengan kerja-kerja seharian di ofis , sudah dikerah untuk menjadi penyambut tetamu majlis tahunan terbesar syarikat. Baju masih belum bergosok, kasut dan aksesori masih belum dipilih. Serabut kepala memikirkan majlis makan malam itu kerana senarai tetamu VIP yang perlu disambut, ramai yang tidak dikenalinya. Tan Sri X, Tan Sri Y, Tan Sri Z, semuanya tak dikenali dan yang pangkat datuk-datuk ada seorang dua sahaja yang dicamkan. Petang itu keserabutan kepalanya ditambah dengan panggilan telefon Ryan, pagi tadi. Ryan tidak dapat pulang berhari raya di Malaysia tahun ini.
Barangkali rindunya pada Ryan tak terhitung lagi. Kesayuan menyambut berita Ryan tidak dapat pulang untuk berhari hari raya dengannya tahun ini. Kali terakhir Ryan pulang berhari raya, empa tahun yang lalu, seminggu sebelum raya dengan jambangan bunga segar dari kota London.

Tuesday, June 3, 2008
Kian terurai...
Keikhlasan hati nurani mendambarkan suatu pengharapan. Kesucian hati mengimpikan cinta yang bukan ceterawara semata. Atas nama cinta, tegar meniti titian rapuh, yang tidak menjanjikan apa-apa. Kaki terus melangkah hamparan cinta yang beroleskan kaca dan onak duri. Hati terus meratap, apakah dosa mengimpikan kasih itu .... hati terus merintih, apakah dosa mendambarkan cinta itu. Dan hati masih menangisi rentapan cinta yang menghacurkan impian, menusuk hati ....
Ryan,
Andaikata kutahu takdir menentukan kita takkan bersama, takkan kubina impian hidup bersamamu. Andaikata kutahu cintaku berbalas debu, takkan kusiram bunga cintaku sehinggar mekar mewangi. Kini kutahu, segala yang ada hanya andaian dan segala yang musnah adalah kenyataan.
Sekian lama aku menyimpan kasih dan rindu padamu, Ryan, sekian lama itu juga engkau mendustakan diriku. Sekian waktu, aku membina harapan, sekian waktu itulah engkau menghakis emosiku. Apapun, aku perlu mengakui kenyataan bahawa engkau bukan milikku dan engkau tak pernah menjadi milikku. Apa yang kumilikki selama ini hanya sekadar mimpi...mimpi yang kukira paling indah dan manis. Ryan, sesugguhnya aku masih ingin terus bermimpi tapi tak berdaya bernafas dalam kesesakan. Aku perlu bangun dan bernafas dalam realiti.
Kau, memang bukan milikku ... kau, memang bukan milikku!
Apakan daya, belaian dan sentuhan cintaku, bukan lagi sonata dalam hidupmu tapi mimpi ngeri yang kau takut. Terlalu ngerikah mimpimu sehingga engkau tangkis kasihku, merentap cintamu dari ikatanku, meninggalkan aku... mengapa sekian lama, aku mimpi ngeri dalam hidupmu. Ryan, kau sentiasa menjadi mimpi indah dalam hidupku....mimpi indah, terlalu indah!
Adrianna

Friday, May 23, 2008
Cinta, kasih...
Malam itu menjanjikan kebahagiaan, keriangan dan kemanisan hidup insan di alam bercinta. Malam itu jua akan merasmikan tambatan kasih dan cinta berbunga harum. Malam nan indah itu jua akan menyaksikan suatu peristiwa yang bakal menjadi sejarah hidup sang putera dan puteri di alam kayangan. Betapa sulaman cinta yang berbenangkan keikhlas dan kejujuran benar-benar mengamit harapan, cinta asmara takkan pudar selagi nyawa dikandung badan. Malam itu mengundang berjuta neon kelip-kelip, meraikan cinta nan suci di mahligai asmara. Bergemerlapan singahsana yang meriba sepasang putera dan puteri menuju jalan ke syurga dunia ... moga terus merintis bahagia hari ke hari. Bersinar harapan, berpahat utuh, lafaz cinta takkan terurai biar zaman meredah masa.....
Selamat Pengatin Baru, Farah dan Ryan!
Selamat Pengatin Baru, Farah dan Ryan!
Subscribe to:
Posts (Atom)