Berarak mendung, awan kelabu, titisan hujan membasahi kota metropolitan yang serba kaku. Permandangan kian kabur digilap awan mendung yang ghairah mewarnai langit, ranjang panahan guruh petir dan kilat sabung menyabung. Adrianna tersedar dari mimpi. Termanggu seketika, di atas sofa ruang biliknya. Lantas dibetulkan ikatan rambut lalu terus bangun dan beredar ke tingkap. Sepi. Sunyi. Alunan rintihan hati makin meresahkan. Matanya kuyu memandang ke luar tingkap memandang kota yang dibasahi hujan. Kondo 30 tingkat itu turut kuyup. Kadang kala fikirnya mahu saja terbang ke luar dan bergayut di setiap bangunan pencakar langit yang sesak menghiasi kota metropolitan itu. Jemu dengan pemandangan di luar, terpandang matanya ke gambar yang tergantung di dinding. Itu wajahnya di kala ceria. Wajah dengan senyuman dan semangat. Wajah yang menjadi pujaan Ryan.
Petang itu, Adrianna perlu bersiap untuk ke majlis makan malam syarikat. Masih terasa letih dengan kerja-kerja seharian di ofis , sudah dikerah untuk menjadi penyambut tetamu majlis tahunan terbesar syarikat. Baju masih belum bergosok, kasut dan aksesori masih belum dipilih. Serabut kepala memikirkan majlis makan malam itu kerana senarai tetamu VIP yang perlu disambut, ramai yang tidak dikenalinya. Tan Sri X, Tan Sri Y, Tan Sri Z, semuanya tak dikenali dan yang pangkat datuk-datuk ada seorang dua sahaja yang dicamkan. Petang itu keserabutan kepalanya ditambah dengan panggilan telefon Ryan, pagi tadi. Ryan tidak dapat pulang berhari raya di Malaysia tahun ini.
Barangkali rindunya pada Ryan tak terhitung lagi. Kesayuan menyambut berita Ryan tidak dapat pulang untuk berhari hari raya dengannya tahun ini. Kali terakhir Ryan pulang berhari raya, empa tahun yang lalu, seminggu sebelum raya dengan jambangan bunga segar dari kota London.
Wednesday, June 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment